Bermula tahun 1990, telah berlakunya era internet. Jika kita lihat, pada fasa ini, pelabur-pelabur dana banyak menumpukan perlaburan mereka pada industri teknologi.
Tanpa sedar, industri ‘tenaga’ mengalami kemerosotan dana pelaburan. Seperti menanam pokok, sebuah telaga minyak bukan mengambil masa setahun dua untuk beroperasi, ianya makan belasan tahun sebelum minyak boleh dikorek.
Apa terjadi kepada ‘supply demand’. Ekonomi asas 101. Supply berkurang, demand meningkat, harga menjadi mahal. Inilah ramalan pakar. Dekad inflasi bermula 2030 sehingga 2045 kesan daripada peningkatan harga minyak mentah dunia.
Semua perlu minyak, minyak adalah tenaga. Daripada kedai makan yang memerlukan bahan mentah dari ladang, ladang ke pasaraya, perlu pengangkutan, pengangkutan perlu minyak. Bahan asas naik, harga barang naik.
Inilah peluang yang perlu anda ambil, seperti Warren Buffet berkata. “Kami suka ekonomi dunia menjunam, sebab kami boleh beri aset berharga dengan 80% diskaun harga.” . Ketika inilah satu orang jutawan bertukar menjadi billionair dalam masa hanya beberapa tahun.